
KUALA LUMPUR – Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (12 Okt).
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9% peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas. – MalaysiaGazette