Home Sukan Barca, AC Milan sedia sambar Lingard

Barca, AC Milan sedia sambar Lingard

Jesse Lingard. Foto Talksport.

LONDON – Barcelona dan AC Milan muncul kelab yang berada di depan bagi menandatangani Jesse Lingard jika dia meninggalkan Manchester United secara percuma pada musim panas depan.

Menurut Daily Mail, Barcelona dan AC Milan berminat untuk membuka rundingan pra-kontrak Lingard pada jendela perpindahan Januari ini.

Sebelum ini Atletico Madrid tuut bersedia untuk menyertai saingan menandatangani Lingard jika United mengambil keputusan untuk melepaskannya.

Masa depan pemain berusia 28 tahun itu di Old Trafford kini menjadi perbualan selepas bintang England itu dalam usaha mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Kehadiran Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho telah menghadkan masa bermainnya di bawah pengurus Ole Gunnar Solksjaer.

Namun dia menampilkan aksi mengagumkan ketika dipinjamkan pada separuh kedua musim lalu di West Ha apabila , menjaringkan sembilan gol dalam 16 penampilan.

Sebelum musim baru, West Ham turut berharap dapat mendapatkan khidmat Lingard secara tetap yang kini kontraknya berbaki setahun.

United dikatakan bersedia menawarkan Lingard kontrak baru yang bernilai £130,000 seminggu dengan West Ham berharap harga permintaan bernilai £25 juta dapat dikurangkan. – Agensi