KUALA LUMPUR – Penghibur tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa menghadiahkan sebuah banglo kepada kedua ibu bapanya di kampung halama di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia, lapor portal berita Liputan6.
Menurut portal itu, rumah mewah tersebut dianggarkan berharga Rp 20 Miliar atau kira-kira RM6 juta.
Menerusi hantaran di Instagram milik Rossa sebelum ini, ibu tunggal itu pernah memuat naik foto bersama keluarga di kediaman mewah tersebut.
Rumah berwarna putih kelihatan mewah selepas siap pembinaannya.
Dalam siaran podcast dengan Ivan Gunawan beberapa bulan lalu, Rossa mengaku rumah itu berharga Rp 20 Milliar dibangunkan untuk orang tuanya.
Biarpun berdepan masalah ekonomi akibat pandemik, Rossa tetap meneruskan niatnya menggunakan pendapatan dalam dunia hiburan untuk membangunkan istana mewah itu.
Kediaman itu terletak di kawasan sawah padi dengan memiliki halaman yang sangat luas yang dikatakan seperti padang bola.
Pembangunan rumah ini dikatakan pantas kerana Rossa memberitahu tentang projek itu pada Jun lalu dan kini siap untuk didiami pada akhir September lalu. – MalaysiaGazette