Home Nasional SPRM cari Ebby, Safineh bantu perbicaraan kes mahkamah

SPRM cari Ebby, Safineh bantu perbicaraan kes mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki Ebby Roy, Safineh Doto (dalam gambar) bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.

Kedua-dua individu terbabit yang sedang dikesan adalah berasal dari Sabah.

Individu pertama yang sedang dicari adalah, Ebby Roy Raimon, 34, pemegang kad pengenalan bernombor 870916-49-5867.

Ebby Roy mempunyai dua alamat terakhir iaitu di Kampung Tinangol, WDT 44, Kudat, Sabah.

Sementara itu, turut dikesan SPRM ialah Safineh Doto, 50, pemegang kad pengenalan bernombor 710628-12-5033 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Kelatuan Papar, Papar.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Nadzrul Syah Yusup di talian 011-53521669 / 03-88700382 atau emel kepada [email protected]