Home Utama Semua kakitangan sektor awam wajib vaksin mulai November ini – KJ

Semua kakitangan sektor awam wajib vaksin mulai November ini – KJ

Bermula November, semua kakitangan sektor awam kan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bermula November, semua kakitangan sektor awam kan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan,  pekeliling arahan telah dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA).

Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan wujud keperluan untuk memastikan kakitangan sektor awam mengambil vaksin.

“Kita tidak akan melaksankan mewajibkan di peringkat negara tetapi seperti sebelum ini di sektor pendidikan ada kebimbangan ibu bapa yang nak hantar anak mereka ke sekolah tapi masih ramai guru tidak mahu divaksin.

“Sebab itu bia kita bincang kewajipan itu bukan hanya perlu pada sektor pendidikan tetapi mestilah untuk sektor awam,” katanya selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di Hospital Serdang hari ini.

Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan juga berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

Setakat ini, katanya, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah dan dijangkakan lebih banyak batasan yang akan dihadkan kepada mereka.

Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokus pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, syarikat swasta juga digalakkan untuk mewajibkan semua pekerja sebagai syarat bertugas di pejabat.

“Kita menggalakkan sektor swasta juga untuk membuat mandat, jika mahu kembali bekerja di pejabat perlu divaksinasi. Pendekatan kita juga untuk menyedarkan rumit menjalankan kehidupan secara normal sekiranya memilih tidak divaksin,” tambahnya.

Mengulas lanjut Khairy berkata, strategi itu adalah demi memberi kesedaran kepada golongan yang enggan divaksin untuk meneruskan kehidupan secara normal.

“Maaf cakap. Memang  untuk merumitkan bagi yang tidak mahu vaksin. Bila mereka tidak mahu divaksin akan ada kerumitan untuk meneruskan kehidupan secara normal, tidak boleh makan di restoran, tidak boleh ke pasar raya dan saya akan keluarkan strategi kebangsaan pada minggu depan, yang mana kerajaan juga berkemungkinan akan mewajibkan kepada yang tidak vaksin untuk menjalani ujian kendiri secara mingguan yang perlu ditanggung sendiri tanpa kerajaan menanggungnya. Jadi mesejnya adalah ambillah vaksin,” katanya lagi.- MalaysiaGazette