
KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 kembali ke angka 6,000 selepas 6,145 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,390,687 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran di Facebook di sini hari ini.
Kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini turut menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan 7,509 kes. – MalaysiaGazette