Home Seni Hidup Hadiah Siti selepas akaun Youtube cecah satu juta ‘subscriber’

Hadiah Siti selepas akaun Youtube cecah satu juta ‘subscriber’

Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghadiahkan tujuh lagu nyanyian secara medley sempena platfom YouTube mencecah sejuta pelanggan (subscriber), baru-baru ini.

Menerusi tiga video, persembahan Siti itu diiringi pemuzik, CT Band diketuai Pown Hasril. Video persembahan sudah pun dimuat naik sejak semalam menerusi akaun YouTube rasminya, Siti Nurhaliza Official.

Siti menyanyikan lagu Seribu Kemanisan dan Azimat Cinta secara medley, diikuti video kedua, Aku Bidadari Syurgamu dan Takhta Dunia, manakala Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti dan Belum Siap Kehilangan dalam video ketiga.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu mula aktif dengan saluran YouTube sejak 25 Januari 2017.

Ibu kepada Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa Khalid itu juga bakal membuat video ‘unboxing’ Gold Play Button yang kini dalam perjalanan dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

Gold Play Button adalah plat penghargaan yang diberikan YouTube kepada pembuat kandungan mencecah jumlah subscribers sebanyak sejuta.

Sebelum ini, pemilik empayar perniagaan SimplySiti itu mengumumkan pelantikan duta dan wajah baharu jenama berkenaan, Zahra Zura Aziza, 20, baru-baru ini. – MalaysiaGazette