Home Dunia Banjir di Kerala: Berpuluh mangsa hilang

Banjir di Kerala: Berpuluh mangsa hilang

Keadaan banjir di Kerala. foto Indian Air Force.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam banjir di selatan India selepas hujan lebat mengakibatkan air sungai melimpah.

Dalam satu kejadian tragis, keluarga enam – termasuk seorang nenek berusia 75 tahun dan tiga anak – disahkan meninggal dunia setelah rumah mereka di Kottayam dihanyutkan, lapor agensi berita PTI.

Mayat tiga kanak-kanak lain – berusia lapan, tujuh dan empat tahun – juga ditemui terkubur di bawah runtuhan di daerah Idukki, yang mana pencarian masih diteruskan ekoran lima masih hilang, kata agensi itu.

Sementara itu, bot nelayan digunakan untuk menyelamatkan mangsa- mangsa yang terperangkap di Kollam dan bandar-bandar pesisir lain, ketika beberapa bahagian jalan telah dihanyutkan dan pokok-pokok tumbang.

Banjir besar itu menyebabkan pekan dan perkampungan terputus hubungan.

Jumlah kematian dijangka bertambah susulan banyak laporan orang hilang.

Malah, beberapa rumah turut dibawa arus dan ramai mangsa terperangkap di Kottayam di negeri Kerala.

Satu rakaman video menunjukkan penumpang-penumpang bas diselamatkan selepas kenderaan yang dinaiki terkandas dalam banjir.

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu di Kerala telah menyebabkan tanah runtuh.

Askar India telah dikerah ke kawasan kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Helikopter telah digunakan untuk membawa bekalan dan anggota penyelamat di kawasan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan, kata jurucakap kerajaan.- BBC