ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita dapat menyambut satu lagi peristiwa penting di dalam taqwim Islam iaitu sambutan Maulidur Rasul.
Bulan Rabiulawal, adalah bulan bagi umat Islam memperingati dan memuliakan kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah Taala:
ُھو ال َّ ِذي أَ ْرس َل ر ُسولَھُ با ْلھدَى و ِدین ا ْلح ّق ِلیُ ْظھرهُ علَى ال ِدّین ُك ِلّ ِھ ولَو َكره ا ْلم ْشر ُكو َن َََََََََُُِِِِِِِْٰ
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad S.A.W.) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.
(as-Soff: 9)
Mencintai Nabi Muhammad SAW merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah SAW semestinya sentiasa berusaha untuk meneladani sunnah baginda s.a.w. dalam kehidupannya.
Tiada makna jika pengakuan cinta kita terhadap Rasulullah tanpa kita menjadikan baginda sebagai qudwah dalam kehidupan termasuklah dalam aspek pentadbiran dan muamalah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah al-Ahzaab: 21).
Bersempena dengan Sambutan Maulid Nabi SAW pada tahun ini , saya menyeru seluruh umat Islam atas nama agama yang suci dan kemuliaan Nabi SAW, supaya kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
Bersatu dan membina kekuatan atas nama Islam, melaksanakan syariat Allah demi sebuah ketaatan dan meninggalkan kesesatan seluruh ideologi serta kemungkaran demi menjayakan tujuan penciptaan.- MalaysiaGazette
Mohammed Azmi Sathakutulah, Ketua WIRA IMAN Kebangsaan merangkap WIRA IMAN Selangor.
Sunnah maulid puasa setiap hari Isnin dan bukannya di tanggal 12 Rabiul Awwal setap tahun.