KUALA LUMPUR – Kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 di Selangor dan Lembah Klang masing-masing meningkat sebanyak 23 dan 22 peratus dalam tempoh tujuh hari, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Manakala kemasukan hospital di Sarawak naik 16 peratus.
Hantaran itu dikongsi menerusi Twitter yang memuat naik data dari laman sesawang CovidNow.
Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing merekodkan kenaikan 12 dan 5 peratus.
Namun, menerusi data itu menunjukkan kadar kemasukan hospital menurun 2 peratus dengan jumlah 1,589 pada purata tujuh hari.
Paling tinggi di Sarawak dengan 442 diikuti 412 Lembah Klang.
Penurunan kadar kemasukan hospital paling besar direkodkan Pahang iaitu sebanyak 47 peratus diikuti Perak 46 peratus.
Pulau Pinang merekodkan kadar penurunan kemasukan hospital sebanyak 39 peratus diikuti Perlis (-35 peratus), Johor (-27 peratus), Terengganu (-24 peratus) dan Negeri Sembilan (-24 peratus).
Dalam pada itu, kadar penggunaan katil hospital di Malaysia adalah 67 peratus. – MalaysiaGazette