• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Thursday, May 8, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Nasional Pemilik syarikat didakwa guna logo halal palsu
  • Nasional

Pemilik syarikat didakwa guna logo halal palsu

By
Bernama
-
22 October 2021
pegawai SB memfailkan saman fitnah menerusi peguamnya M Manoharan pada 23 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas diplomat dan pengarah Bukit Aman

KUALA KANGSAR – Seorang pemilik sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan menggunakan logo halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Jun lepas.

Teoh Sue Guat, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Lelaki itu didakwa menjalankan perniagaan yang telah melanggar Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu menggunakan logo halal tanpa mendapatkan perakuan daripada JAIPk pada 26 bungkus kuetiau dan 11 bungkus mi jenama Angsana.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Angsana Kangsar, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar di sini pada 11 pagi, 22 Jun mengikut Perintah 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azrul Faidz Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 November untuk sebutan semula kes. – Bernama

Bernama
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • halal
  • logo
  • palsu

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Nasional

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

Nasional

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

Nasional

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di lapan negeri hingga 20 Dis

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved