Home Utama PH fail kes mahkamah isu pembubaran Dun Melaka

PH fail kes mahkamah isu pembubaran Dun Melaka

Adly Zahari

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan memfailkan kes di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Menerusi Twitter rasmi Parti Amanah Negara (Amanah), perkara itu akan lakukan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada jam 3 petang ini.

Sebelum ini, Adly telah dipilih oleh Majlis Presiden PH bagi mengetuai jentera pilihan raya PH Melaka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pembubaran DUN Melaka berlaku pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka menarik kembali sokongan terhadap Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Mereka adalah Datuk Seri Idris Haron (ADUN Suingai Udang) Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November. – MalaysiaGazette