Home Nasional Beri peluang kerja kepada orang tanpa negara – MHO

Beri peluang kerja kepada orang tanpa negara – MHO

Kesetiaan masyarakat stateless lebih dipercayai dengan wujudnya hubungan kekeluargaan selain memulihkan situasi pemulihan ekonomi negara.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 32,000 pekerja asing dibawa masuk untuk mengisi kelompongan tenaga kerja dalam sektor perladangan secara berperingkat awal bulan depan mendapat reaksii Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Pihaknya berharap peluang tersebut diberikan kepada warga asing yang dikategorikan dalam orang tanpa negara atau stateless people.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, pihaknya maklum dengan keadaan terdesak kerajaan ketika ini yang memerlukan pengambilan pekerja asing terutamanya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan rumit).

“Sejak pandemik dua tahun ini, kita telah kerugian hampir RM39 billion hasil dari sektor perladangan akibat kekurangan tenaga kerja. Banyak faktor juga telah menyebabkan majikan lebih gemar menggunakan tenaga kerja asing lebih murah.

“Walaupun sebenarnya banyak lagi pilihan yang ada sekiranya semua pihak bersatu dalam menangani isu ini.

Datuk Hishamuddin Hashim, the Secretary-General of the Malaysia International Humanitarian Organization (MHO)
Hishamuddin Hashim.

“MHO cukup maklum dan mohon memberi cadangan supaya 32,000 itu boleh dikurangkan jumlahnya sekiranya kerajaan bersedia memberi peluang kepada masyarakat stateless di Malaysia mengisi keperluan tersebut,” katanya  kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kata Hishamuddin, ada beberapa faktor yang boleh diambilkira oleh dengan cadangan pihaknya.

“Masyarakat stateless telah hidup dan membesar di negara ini, lebih memahami budaya dan norma masyarakat kita jika hendak dibandingkan dengan dengan warga asing yang hendak dibawa masuk, ternyata stateless di negara ini lebih mudah mengisi keperluan tersebut.

“Ingat ya, tindakan ini juga boleh sekaligus mengurangkan isu pemerdagagan orang yang mungkin wujud kelak disebalik proses membawa masuk pekerja asing tersebut.

“Masyarakat stateles sekiranya diberi peluang bekerja menggunakan pas tertentu boleh mengisi keperluan ini malah percaya akan menguntungkan negara dari segi ekonomi dengan mereka akan berbelanja di dalam negara sahaja kerana keluarga mereka berada di sini.

“Sekiranya pekera asing, aliran wang tunai negara akan keluar setiap bulan kerana sudah tentu pekerja asing ini akan menghantar wang mereka ke luar negara buat keluarga mereka di negara asal,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, kesetiaan masyarakat stateless lebih dipercayai dengan wujudnya hubungan kekeluargaan selain memulihkan situasi pemulihan ekonomi negara.

“MHO lihat penggunaan tenaga sumber manusia dari dalam yang sudah tersedia ada melalui masyarakat stateless ini lebih harus diberi tumpuan oleh pihak kerajaan dan industri berkaitan.

“Isu pekerja lari dari majikan tidak akan timbul kerana bagi warga stateless mereka hendak lari kemana selain tinggal terus di dalam negara ini.

“Tambahan pula selepas diberi peluang bekerja, membina kehidupan bersama keluarga mereka hasil pendapatan bekerja itu nanti. Meraka akan rasa lebih di hargai kerana telah diberi peranan sama dalam membangun semula negara ini,” jelasnya.

Poster Rakyat Tanpa Negara UNHCR

Kata Hishamuddin lagi, pihaknya percaya pengambilan warga stateless sebagai tenaga kerja dapat sedikit sebanyak mencapai hasrat kerajaan dalam mengurangkan keterbergantungan negara terhadap keperluan pekerja asing pada masa hadapan.

“MHO menyeru agar semua pihak berwajib dapat menilai baik buruknya cadangan ini selain memberi sinar harapan kepada warga tanpa negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette