Home Nasional APM guna dua siren Sistem Amaran Awam hadapi Monsun Timur Laut

APM guna dua siren Sistem Amaran Awam hadapi Monsun Timur Laut

Ujian Sistem Amaran Bencana kepada 60 pegawai anggota APM Pahang, Terengganu, dan Kelantan di Bangunan APM Pahang, di Jalan Beserah, Kuantan hari ini

KUANTAN – Dua siren Sistem Amaran Awam (PWS) akan digunakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang dalam persiapan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bakal tiba November ini.

Penolong Pengarah APM Negeri Pahang, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi berkata, penggunaan PWS berdasarkan empat jenis nada bagi memaklumkan kepada orang awam dalam akses capaian radius satu hingga lima kilometer.

Jelasnya, PWS berfungsi sebagai sistem amaran awam tersebut juga berfungsi kepada insiden seperti gempa bumi, tanah runtuh, kebakaran besar, banjir, tsunami dan rebut taufan.

Selain itu, sistem amaran tersebut meliputi harzaudous material jerebu, ancaman ketenteraman awam dan wabak penyakit itu mula diperkenalkan oleh pihak Britisj  pada tahun 1952.

“Empat jenis nada sistem amaran panjang dan berterusan, beralun dan berterusan, pendek dan singkat serta nada pengumuman.

“Siren PWS jenis eletrik dipasang di bangunan kerajaan, siren elektrik bergerak, siren tangan dan siren elektronik di pasang di menara penyelamat.

“Dua siren amaran keselamatan dipasang di Menara Penyelamat Pantai Teluk Chempedak dan di Menara Latihan APM Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program pendedahan Ujian Sistem Amaran Bencana kepada 60 pegawai anggota APM Pahang, Terengganu dan Kelantan di Bangunan APM di sini hari ini.

Dalam pada itu, seramai 1,199 pegawai dan anggota APM Pahang terlibat akan berada di 140 pangkalan hadapan dan 787 pusat pemindahan sementara telah dikenalpasti menghadapi musim Monsun Timur Laut dijangka bermula November depan.

Selain itu, persiapan logoistik juga mempunyai 74 buah kenderaan di air yang merangkumi bot jenis aluminium, fiber dan tempur manakala kenderaan darat sebanyak 36 buah iaitu kereta, lori, bas, ambulan dan 4×4. – MalaysiaGazette