Home Dunia Puteri Mako dan pasangannya akhirnya berkahwin

Puteri Mako dan pasangannya akhirnya berkahwin

Puteri Mako dan Kei Komuro. foto Japantimes

TOKYO – Puteri Mako telah berkahwin dengan kekasihnya, Kei Komuro pada hari Selasa – sekali gus beliau kehilangan status diraja.

Beliau adalah anak anak perempuan sulung Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko.

Di bawah undang-undang Jepun, puteri diraja akan kehilangan status mereka apabila berkahwin dengan “orang biasa”.

Bagaimanapun, undang-undang berkenaan dikecualikan kepada putera raja.

Puteri Mako juga melangkau upacara biasa perkahwinan diraja dengan menolak bayaran elaun yang ditawarkan kepadanya apabila meninggalkan keluarganya.

Puteri ini adalah keluarga diraja wanita pertama yang melangkau kedua-dua undang-undang tersebut.

Hubungan Puteri Mako dan kekasihnya telah mencetuskan kontroversi di negara ini.

Beliau bertunang dengan Komuro pada tahun 2017 dan merancang untuk berkahwin tahun berikutnya.

Bagaimanapun majlis itu tertangguh disebabkan ibu Komuro menghadapi masalah kewangan.

Pasangan ini akan berpindah ke Amerika Syarikat, di mana Komuro bekerja sebagai peguam di sebuah firma guaman. – BBC