
KUALA LUMPUR – Tiada sebarang kawasan yang dilaksanakan atau diperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana-mana lokaliti hari ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan turut melaporkan tiada pelanjutan serta penamatan PKPD setakat ini dalam perkembangan penularan Covid-19.
Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Saad berkata demikian mengenai perkembangan terbaharu status PKPD di negara ini.-MalaysiaGazette