Home Ekonomi Harga RON97 naik 10 sen

Harga RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.97 seliter bagi tempoh 28 Oktober 2021 sehingga 3 November 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, Kementerian Kewangan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette