
KHARTOUM – Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok kembali ke kediamannya bersama isteri dengan kawalan keselamatan yang ketat, kata Pejabat Perdana Menteri menerusi Facebook.
Sejak Isnin lalu, Hamdok dan beberapa menteri serta ahli-ahli Majlis Kedaulatan ditahan.
Terdahulu pada hari Selasa, Komander Jeneral Angkatan Bersenjata Sudan, Abdel Fattah Al-Burhan menafikan penahanan Hamdok.
Artikel berkaitan:PM Sudan ditawan
8 penduduk maut dalam rampasan kuasa di Sudan
Sebaliknya, beliau memberitahu, perdana menteri itu tinggal di Rumah Al-Burhan di Istana Tamu.
Sejak percubaan rampasan kuasa pada 21 September di Sudan, ketegangan antara tentera dan rakan kongsi awam, yang mengambil alih kerajaan peralihan, terus meningkat. – Xinhua