KUALA LUMPUR – Empat hari berturut-turut tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dalam masa yang sama kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, tiada pelanjutan PKPD sejak Isnin yang lalu.
Menerusi kenyataan, beliau turut memaklumkan tiada penamatan PKPD untuk hari ini.
Untuk rekod pada Ahad lalu, satu PKPD di FELDA Lembah Klau, Raub ditamatkan.-MalaysiaGazette