Home Nasional Bajet 2022: KPM terima bajet terbesar RM52.6 bilion

Bajet 2022: KPM terima bajet terbesar RM52.6 bilion

JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM52.6 billion dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula menerima peruntukan sebanyak RM14.5 bilion.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Ia sebagai usaha menggalakkan Keluarga Malaysia mengikuti program latihan serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023. – MalaysiaGazette