KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, sebanyak 95 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 24 merupakan kematian di luar hospital (BID).
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kini adalah 28,769.
Berdasarkan laman rasmi COVIDNOW, Sarawak merupakan negeri tertinggi mencatatkan kematian iaitu 31 orang atau 32.6 peratus.
Ia diikuti Johor (15), Sabah (11), Perak (9), Kelantan (6), Pahang (5), Pulau Pinang (4), Terengganu (4), Negeri Sembilan (3), Kuala Lumpur (3), Perlis (2), Kedah (1) dan Putrajaya (1).
Manakala tiada kematian di tiga negeri iaitu Melaka, Selangor dan Labuan.- MalaysiaGazette
Satu pertanyaan tentang pengidap COVID 19. Betul ke ada klinik di Meru Kelang Selangor yang berikan suntikan anti virus setiap dua hari kepada pengidap covid dan ianya berkesan. Jika begitu kenapa paksa rakyat ambil suntikan vaksin covid 19 sekiranya ianya berkesan. Hal ini perlu ďisiasat dan diberikan penjelasan. Apakah kesannya?