Home Belanjawan 2022 Ganti cuti rehat penjawat awam dinaikkan kepada 160 hari

Ganti cuti rehat penjawat awam dinaikkan kepada 160 hari

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan gantian cuti rehat (GCR) penjaat awam dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 berkata, gantian itu bagi mengiktiraf pengorbanan barisan hadapan yang komited menangani krisis Covid-19.

Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari.

Kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak. – MalaysiaGazette