KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan diminta memberi penjelasan berhubung kompaun sebanyak RM10,000 yang dikenakan kepada Barisan Nasional (BN) kerana menganjurkan Majlis Jentera BN Melaka di World Trade Centre baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi yang meminta penjelasan itu dibuat kerana Kuala Lumpur sudah memasuki Fasa 4.
Lagipun, tambah beliau, Ordinan Darurat sudah dibatalkan oleh Parlimen.
”Tegas betul KJ. Mohon penjelasan, bukankah Ordinan Darurat sudah dibatalkan oleh Parlimen,” katanya.
Malah, jika mengikut Akta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kompaun yang dikenakan hanya RM1,000 sahaja.
Pada 19 Julai tahun ini, kerajaan mengumumkan nilai kompaun maksimum yang dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan kembali kepada RM1,000 sebaik Ordinan Darurat tamat pada 1 Ogos ini.
Nilai maksimum kompaun yang dikenakan ini berbeza berbanding pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa Ordinan Darurat sebanyak RM50,000. – MalaysiaGazette
Batal atau tidak, pemimpin sendiri tunjuk teladan tidak baik. Seolah-olah “kita buat ja perhimpunan ramai-ramai masa Covid 19 masing tinggi ni, kena saman, kita bayar je lah”.. Sendiri buat undang-undang, sendiri yg langgar. Ko rase?
Woi Cik Adoi..ko ni duduk kat solok mana? Ni di KL laaa…fasa 4..boleh buat perhimpunan lah..bukan di Melaka! Ko nak cakap undang2 mana ni? Undang2 kata $1000 bukan $10,000…Aku rase kalau ko nak komen pun jgn lah tunjuk bodoh!