Home Dunia Mahkamah benarkan ikat jamin anak Shah Rukh Khan

Mahkamah benarkan ikat jamin anak Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan bersama anaknya Aryan Khan - Foto agensi

MUMBAI – Mahkamah India membenarkan ikat jamin kepada anak kepada Shah Rukh Khan setelah lebih tiga minggu ditangkap berikutan kes dadah.

Aryan Khan, 23, anak lelaki sulung pelakon Bollywood itu merupakan salah seorang daripada beberapa orang yang ditahan pada 2 Oktober lepas pada serbuan ke atas kapal persiaran yang belayar di luar pantai Mumbai.

Biro Kawalan Narkotik, agensi persekutuan yang menjalankan serbuan telah mendakwa Aryan adalah pengguna dan pembekal dadah.

Aryan telah menafikan tuduhan itu dengan alasan tiada dadah ditemui padanya semasa serbuan itu.

Nawab Malik, seorang menteri dalam Kabinet telah mendakwa bahawa pertuduhan ke atas anak lelaki Khan dan yang lain adalah palsu dan menuntut supaya pegawai yang bertanggungjawab dalam penyiasatan itu ditukar.

Pegawai terbabit, Sameer Wankhede menafikan dakwaan itu.

Shah Rukh Khan, seorang muslim dan seorang selebriti India, telah mendapat sokongan di media sosial ketika kes  anaknya berterusan selamabeberapa minggu.

“Alhamdulillah sebagai bapa, saya sangat lega,” ciap pelakon itu dalam twitter selepas perintah ikat jamin.- Reuters