Home Belanjawan 2022 Pelepasan cukai pendapatan RM3,000 untuk yuran taska

Pelepasan cukai pendapatan RM3,000 untuk yuran taska

Pengasuh bersama kanak-kanak melakukan aktiviti di taska sementara untuk penjagaan anak petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Bersepadu COVID-19 (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 JUN 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebagai mengiktiraf wanita berkerjaya yang menguruskan anak-anak mereka, kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

Selain itu, bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, kerajaan akan memberi subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188,000 keluarga B40. – MalaysiaGazette