Home Utama Covid-19: 5,854 kes baharu direkodkan hari ini

Covid-19: 5,854 kes baharu direkodkan hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan sedikit dengan 5,854 kes berbanding semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif ialah sebanyak 2,466,663 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sebanyak 6,060 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan.

Penurunan kes baharu hari ini positif selepas hampir tiga hari berturut-turut mencatatkan lebih 6,000 kes harian.

Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu dengan 5,726 kes direkodkan.

Menurut Noor Hisham, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 12.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Namun kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+44.7 peratus), Kedah (+33.1 peratus) dan Terengganu (+26.2 peratus).

Awal bulan ini, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baharu mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam di mana 6,060 kes baharu dilaporkan adalah seperti berikut:

Selangor (1,328), Sabah (589), Sarawak (566), Kelantan (522), Kedah (470), Johor (458), Pahang (367), Pulau Pinang (348), Kuala Lumpur (299), Melaka (264), Perak (256), Terengganu (251), Negeri Sembilan (247), Putrajaya (44), Perlis (40) dan. Labuan (11) -MalaysiaGazette