Home Ekonomi Khairil Anuar CEO baharu Co-opbank

Khairil Anuar CEO baharu Co-opbank

Khairil Anuar Mohammad Anuar

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pelantikan Khairil Anuar Mohammad Anuar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuatkuasa 1 November 2021.

Khairil Anuar, 46, merupakan lulusan Sarjana Pengurusan Risiko dari Universiti Glasgow Caledonian, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan dari DeMonfort University, United Kingdom.

Sebelum perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di CBP, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Strategi di SME Bank sehingga September 2021.

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan lain termasuk Hong Leong MSIG Takaful, Al Rajhi Bank Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri kewangan, beliau mampu untuk meneraju CBP ke satu tahap yang lebih tinggi serta memainkan peranan lebih penting CBP di dalam menjayakan agenda Transkom 2021-2025. – MalaysiaGazette