Home Nasional PM korban masa cuti sambung tugas di rumah

PM korban masa cuti sambung tugas di rumah

Perdana Menteri menyiapkan tugasan beliau meskipun pada hari cuti. Foto: FB Mohd Anuar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat pujian daripada salah seorang pegawainya kerana kegigihan beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Menerusi hantaran di Facebook Mohd Anuar berkongsikan kisah bagaimana perdana menteri mengorbankan masa cutinya dengan menyambung tugasan beliau di rumah.

“Sebenarnya, tiada istilah cuti bagi bos saya, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Waktu cuti pun beliau akan bekerja.

“Sepanjang mengenali bos saya ini, beliau bukan sahaja seorang yang sangat kuat bekerja, malah mementingkan ketepatan masa dan begitu menitikberatkan kebajikan rakyat.

“Kerana keprihatinan itulah timbul konsep Keluarga Malaysia kerana beliau sentiasa mendengar suara rakyat dan mementingkan hubungan kekeluargaan,” katanya di laman sosial itu.

Menurut Anuar lagi, meskipun perdana menteri sibuk sepanjang seminggu dengan Sidang Kemuncak ASEAN, namun, beliau masih sempat menumpukan perhatian terhadap pembentangan Belanjawan 2022 pada Jumaat lepas oleh menteri kewangan.

“Hari ini, sepatutnya selepas merasmikan Hari Belia Negara 2021 di Kuala Lumpur, YAB PM (Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ) boleh berehat di rumah tetapi, beliau tetap bekerja untuk Keluarga Malaysia yang dikasihi,” tambahnya.

Anuar berkata, beliau menjadi saksi segala yang dilakukan oleh Ismail Sabri kerana beliau sentiasa menemani perdana menteri.

Beliau beroda agar perdana menteri terus diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusannya. – MalaysiaGazette