Home Sukan Conte menghitung hari jadi pengurus Spurs

Conte menghitung hari jadi pengurus Spurs

Antonio Conte. Foto The Athletic.

LONDON – Tottenham Hotspur dan Antonio Conte dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dan keputusan secara rasmi perjanjian dijangka diumumkan esok.

Wartawan perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano memberitahu, Conte dan Spurs bersetuju dengan kontrak sehingga 2023.

Spurs juga dilaporkan bersetuju dengan beberapa permainan Conte termasuk berjanji akan memberikan dana perpindahan yang secukupnya kepada pengendali Itali itu untuk perpindahan pemain pada Januari ini.

Namun tidak dipastikan peranan Conte dalam perpindahan pemain kerana pemilik kelab, Daniel Levy sebelum ini seringkali campur tangan secara langsung dalam perpindahan pemain.

Sumber The Athletic pula melaporkan bahawa kontrak Conte tersebut bernilai £20 juta. Ianya angka yang sangat besar.

Sebelum ini Spurs mengumumkan pemecatan Nuno Espirito Santo selepas beberapa siri kekalaha dan terbaharu selepas kalah 0-3 di tangan Manchester United minggu lalu.

Conte sebelum ini turut dikaitkan dengan United namun pasukan tersebut masih memberikan peluang kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk membuktikan dirinya layak untuk terus menjadi pengendali di Old Trafford. – Agensi

+ posts