Home Nasional Empat keluarga dipindahkan ke PPS

Empat keluarga dipindahkan ke PPS

Anggota penyelamat membantu keluarga terjejas banjir di

PONTIAN – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya pada malam ini bagi menempatkan 18 mangsa banjir dari empat keluarga.

Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, Kapten (PA) Mohd. Noorhafidzul Nordin berkata, semua mangsa berasal dari Kampung Paya Embun, Pekan Nanas.

“Hujan lebat yang turun lebih dua jam petang tadi mengakibatkan berapa buah rumah Kampung Paya Embun telah dinaiki air terutama yang berada di tepi sungai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, hasil perbincangan dengan beberapa pihak, PPS di SK Melayu Raya telah dibuka pada pukul 9 malam.

“Keadaan cuaca di lokasi banjir ketika ini adalah mendung selain menasihatkan penduduk kampung agar berwaspada dengan keadaan semasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette