Home Politik Najib ‘kena serang’ dalam perbahasan Tun M

Najib ‘kena serang’ dalam perbahasan Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad Najib Razak
Tun M dan Najib seteru politik

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dengan ‘menyerang’ seterunya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengambil masa lebih lima minit menegur kerajaan kerana tidak berusaha untuk membawa balik wang yang diseleweng oleh individu tertentu untuk digunakan bagi perbelanjaan negara.

“Saya faham, perlunya kita belanja lebih untuk lawan pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi, tetapi kita tidak tunjuk minat untuk dapat balik wang yang telah diselewengkan.

“Apakah wang itu keuntungan perniagaan, perniagaan apa? Tidak mungkin wang itu tiba-tiba ada di tangan penderma. Bukti yang ada hanyalah surat daripada seorang Arab, tidak ditandatangani oleh raja atau pegawainya

“Jika kerajaan tidak dapat sahkan wang itu milik kerajaan, Najib juga tidak dapat sahkan dari mana wang itu datang, tetapi kenapa wang itu diberi kepada Najib? Soalnya, bolehkah perdana menteri terima begitu banyak wang daripada pemimpin kerajaan lain?,” soal beliau.

Katanya, perdana menteri tidak boleh terima untuk dirinya sumbangan wang daripada negara lain kerana ini boleh dianggap sebagai percubaan mempengaruhi politik negara.

Tegas beliau, negara lain tidak boleh campur tangan dalam politik negara dengan memberi wang kepada Perdana Menteri Malaysia.

Bahkan, kata Ahli Parlimen Langkawi itu, mahkamah mendapati Perdana Menteri keenam bersalah dan patut jalani hukuman.

Ini tidak adil kepada rakyat Malaysia yang belum dituduh, telah dimasukkan dalam tahanan (penjara).

“Kenapa orang yang sudahpun dihukum salah (yang sepatutnya) menjalankan hukuman, dibenarkan keluar negara pula.

“Jika rayuan mendapati banduan tidak salah, bebaskan saja. Sudah hampir satu tahun rayuan dibuat, tetapi belum ada keputusan dibuat

“Nampak kerajaan tidak serius untuk mendapatkan semula wang yang telah dicuri,” katanya.

Beliau juga menyalahkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang konon berlagak sebagai hakim kerana dengan mudah memutuskan tidak ada kes.

“Ini adalah hukum. Peguam Negara sudah jadi hakim. Peguam Negara juga tidak bantah apabila banduan dibenarkan keluar negara.

“Ya, memang ini semua tidak salah dari segi undang-undang, tetapi bolehkah di masa hadapan, banduan dibenar melancong di luar negara atau apakah ada dua kelas banduan?,” ujarnya.

Katanya, semalam beliau dengar ada yang bercakap berdegar-degar seperti pendekar yang mahu mempertahankan kedaulatan negara berkaitan isu Pulau Batu Puteh.

Tetapi katanya, menjual 1,370 hektar tanah yang ditambak di Johor secara pegangan terus kepada rakyat asing, dibolehkan pula tanpa mengambil kira kerosakan alam sekitar yang berlaku terhadap kawasan paya yang kaya dengan biodiversiti.

Jelas beliau, tindakan itu juga menyebabkan nelayan dan penduduk sekitar terjejas pendapatan serta mata pencarian mereka. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bodoh punya tua nyanyuk…org bahas bajet..dia duk sibuk bahas Najib…balik2 Najib! Najib! Najib! Nanti nak mati org suruh mengucap dia mengucap nama Najib…bodoh betul..buang duit rakyat jer bg elaun ahli parlimen…

Comments are closed.