• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Tuesday, May 13, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Politik Pas Melaka akur guna logo PN, pastikan tiada pertembungan tiga penjuru
  • Politik

Pas Melaka akur guna logo PN, pastikan tiada pertembungan tiga penjuru

By
Bernama
-
2 November 2021
PRN Melaka State Election flag
Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas empat ADUN menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

MELAKA – PAS Melaka akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti itu yang mahu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata ini bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam usaha mereka menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“PAS dah buat pendirian… dalam perjumpaan tiga parti (sebelum ini), bahawa setuju bersama satu lawan satu dan mengekalkan kerusi status quo… dan saya boleh beri jaminan kalau kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi itu tidak boleh ditandingi oleh PN.

“Makna kalau kata ada pihak PN, contoh Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) masuk lawan juga di kawasan kerusi yang UMNO menang, PAS tidak teragak-agak untuk menyokong UMNO dalam kerusi tersebut, begitu juga sebaliknya.

“Kerusi yang telah dimenangi oleh Bersatu, UMNO tak boleh masuk… kalau dia (UMNO) masuk kita (PAS) akan menyokong Bersatu… bermakna kita menghormati, jadi tak ada isu saya rasa… matlamat (tetap) satu lawan satu (dengan PH),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam memaklumkan, PAS akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka, selepas perkara itu diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam.

Sementara itu, Kamarudin berkata PAS Melaka akan bertanding di kerusi yang dimenangi PH pada PRU14 pada PRN Melaka kali ini bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

“PAS akan ditempatkan di kerusi dimenangi oleh PH. Makna kita takkan ganggu kerusi UMNO, kita takkan ganggu kerusi Bersatu,” katanya.

Pada PRU14 lepas, BN menang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai dari keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka.

DAP pula menguasai lapan kerusi DUN iaitu Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Banda Hilir dan Bemban manakala PKR di tiga kerusi (Rembia, Machap Jaya dan Klebang).

Bersatu dan Amanah masing-masing menguasai dua kerusi iaitu Paya Rumput, Telok Mas, Durian Tunggal dan Bukit Katil manakala PAS bertanding di 24 kerusi namun tiada kerusi yang dimenangi.

— BERNAMA


Bernama
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • akur
  • logo
  • melaka
  • nasional
  • Pas
  • perikatan

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Politik

Puad lebih gemar main politik dari berkhidmat untuk rakyat – Sahruddin

Politik

Pemilihan PKR tak cetus permusuhan ketara – Anwar

Politik

Ahli UMNO perlu hati-hati propaganda menjelang PRU-15 – Mohd Sharkar

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved