
KUALA LUMPUR – Melaka United FC menempah slot awal ke suku akhir Piala Malaysia selepas mencatatkan keputusan 3-3 menentang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, malam tadi.
Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan berjaya mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan untuk menggungguli Kumpulan C meninggalkan pesaing terdekatnya, Kedah Darul Aman FC dengan kelebihan empat mata yang beraksi kurang satu perlawanan.
Dalam aksi malam tadi, Kelantan United mendahului skuad Hang Tuah tiga kali termasuk 2-1 pada separuh masa pertama
Namun Anak buah Zainal Abidin berjaya bangkit menyamakan kedudukan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – MalaysiaGazette