
KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,291 kes baharu positif Covid-19 direkodkan oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,486,630 kes setakat ini.- MalaysiaGazette