Home Nasional Kes bunuh Zulfarhan: Pendakwaan akan fail rayuan

Kes bunuh Zulfarhan: Pendakwaan akan fail rayuan

Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain culpable homicide murder assault abetting abetment guilty NDUM National Defence University of Malaysia
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sebelum ini mereka didakwa atas pertuduhan membunuh.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya sama ada AGC akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh, berkata: “Ya, kami akan memfailkan rayuan.”

Keenam-enam tertuduh terselamat daripada hukuman gantung tetapi masing-masing dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah selepas mereka didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman, empat tahun lepas.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa. – MalaysiaGazette