Home Nasional Op Gegar: 34 pekerja pusat hiburan, GRO dicekup

Op Gegar: 34 pekerja pusat hiburan, GRO dicekup

Seeorang GRO wanita bersembunyi ditandas ketika JIM menggempur pusat hiburan di Puchong.

KUALA LUMPUR – Hotel dan pusat hiburan diserbu kerana menyediakan pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) warga asing di Kuchai Lama dan Puchong baru-baru ini menerusi op Gegar yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Isnin yang lalu.

Hasil di kedua-dua premis itu, seramai 34 warga asing berjaya ditahan kerana melakukan beberapa kesalahan termasuklah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan pertama di sebuah hotel mendapati perkhidmatan pelacuran ditawarkan dengan harga bermula RM190 sehingga RM240.

“Pelanggan perlu memilih wanita dan membuat tempahan serta bayaran secara atas talian terlebih dahulu melalui applikasi ‘Wechat’ dan ‘Telegram’.

Hasil pemeriksaan di premis tersebut, pegawai operasi telah berjaya menahan seramai 17 orang warga asing yang terdiri daripada tujuh orang wanita warganegara Thailand, empat wanita warganegara Indonesia dan tiga orang wanita masing-masing warganegara Myanmar, Laos dan Vietnam yang disyaki melakukan akitiviti pelacuran.

”Turut ditahan tiga orang lelaki warganegara Myanmar yang merupakan pekerja dan penjaga premis,” katanya menerusi kenyataan.

Sebahagian pekerja pusat hiburan yang ditahan dalam Ops Gempur.

Menurut beliau, serbuan di pusat hiburan pula mendapati, pusat hiburan di Puchong yang dikawal oleh tonto sebagai pemberi maklumat untuk menggagalkan usaha serbuan pihak berkuasa.

Walaubagaipun kata Jhairul Dzaimee, strategi tonto itu berjaya dipatahkan pegawai JIM.

Beliay berkata, ketika serbuan ada GRO warga asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi.

Di premis ini, JIM berjaya menahan 16 orang wanita warganegara Vietnam yang disyaki bekerja sebagai GRO dan seorang lelaki warganegara India yang merupakan pekerja di premis tersebut.

Siasatan awal mendapati premis ini menawarkan GRO sebagai peneman minum dengan bayaran serendah RM50, turut menawarkan pakej bawa pulang GRO dengan harga berlainan, ujarnya.

Mereka yang ditahan didapati tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.- MalaysiaGazette