KUALA LUMPUR – Akibat kekejangan kaki mendaki Gunung Nuang, seorang wanita yang menjadi salah seorang daripada tujuh individu yang mendaki gunung tersebut terpaksa dibantu turun oleh pasukan bomba.
Chan Mei Lin, 26, mendaki gunung itu semalam mengalami kekejangan akibat kepenatan.
Dia kemudian dibawa turun oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn pada 1 pagi tadi.
“Rakan-rakan mangsa berusaha membantu mangsa untuk turun semampu yang boleh. Namun wanita itu mengadu sakit kaki dan tidak mampu berjalan lagi,” kata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor menerusi kenyataan.
Bomba menerima aduan pada 6.34 petang semalam.
Pasukan bomba perlu mendaki bagi membawa mangsa turun dengan selamat.
”Mangsa telah sampai ke Kem Lolo dengan bantuan rakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.
Wanita itu telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan. – MalaysiaGazette