Home Nasional Rakyat bukan suka-suka mahu keluarkan caruman KWSP kalau bukan terdesak – Najib

Rakyat bukan suka-suka mahu keluarkan caruman KWSP kalau bukan terdesak – Najib

Datuk Seri Najib Razak Finance Minister i-Citra withdrawal limit
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Rakyat yang bersuara dan mendesak agar pengeluaran i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 adalah dalam kalangan yang mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan.

Mereka juga berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil

”Mereka bukan suka-suka mahu mengeluarkan wang caruman mereka,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Justeru itu, beliau amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat-amat dituntut oleh rakyat.

Final time (kali terakhir),” ujarnya.

Bekas perdana menteri itu berkata, sesungguhnya, gesaan ini bukan boleh disifatkan sebagai langkah ‘populis’ tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat.

Najib berkata, sebagai mengimbangi pengeluaran ini, kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP dengan cara yang pernah bangkitkan olehnya dalam perbahasan bajet 2021 tahun lepas dan perbahasan bajet tahun 2022.

”Sekiranya langkah-langkah seperti dicadang saya ini diambil, saya amat yakin simpanan rakyat dalam KWSP – terutamanya bagi golongan dengan simpanan paling rendah yang terpaksa dikeluarkan pada masa yang paling terdesak – mampu dipulihkan dalam masa yang singkat,” tambahnya.

Lagipun, usaha seumpama itu bukan tak pernah buat.

”Jumlah aset KWSP naik berganda dari hampir RM300 bilion pada akhr tahun 2008 ke lebih RM840 bilion pada akhir tahun 2017 pada tempoh saya PM,” katanya. – MalaysiaGazette