Home Ekonomi Smart Glove pula didakwa CBP AS guna buruh paksa

Smart Glove pula didakwa CBP AS guna buruh paksa

Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan import daripada pembuat sarung tangan getah Malaysia, Smart Glove atas dakwaan amalan buruh paksa.

Tindakan itu menjadikan Smart Glove sebagai firma Malaysia kelima yang menghadapi larangan sedemikian dalam tempoh 15 bulan lalu.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengeluarkan “Withhold Release Order” (WRO) yang melarang import daripada Smart Glove dan kumpulan syarikatnya, kata CBP dalam satu kenyataan.

Keputusan itu, katanya, dibuat berdasarkan bukti munasabah yang menunjukkan kemudahan pengeluaran sarungan tangan syarikat itu menggunakan buruh paksa.

Smart Glove yang membuat sarung tangan untuk industri perubatan dan makanan masih belumĀ  mengulas tindakan tersebut.

Kilang-kilang Malaysia – yang menghasilkan produk daripada minyak sawit daripada sarung tangan perubatan dan komponen Apple iPhone – telah mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia dengan dakwaan penderaan pekerja asing yang menjadi sebahagian pekerja penting dalam pengeluaran.

Dalam kenyataannya, CBP berkata, siasatannya mengenal pasti tujuh daripada 11 penunjuk buruh paksa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Smart Glove, tetapi tidak menyatakannya secara terperinci.

Indikator ILO termasuk tempoh jam kerja berlebihan, ikatan hutang, keganasan fizikal dan seksual, keadaan kerja dan keadaan kehidupan pekerja.

Amerika Syarikat mengharamkan perkara sama ke atas pembuat sarung tangan Supermax Corp bulan lepas.

Tindakan sama pernah dikenakan terhadap Top Glove tetapi telah ditarik balik bulan lalu.

Pengeluar minyak sawit Sime Darby dan FGV Holdings juga menerima nasib sama tahun lalu.

Sime Darby dan FGV telah melantik juruaudit untuk menilai amalan mereka dan akan berhubung dengan CBP untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan. – Reuters