Home Seni Hidup Sukar tingkatkan jualan? Shopee Live jawapannya!

Sukar tingkatkan jualan? Shopee Live jawapannya!

Noor Hanisah Abu Bakar yang menjual pakaian Muslimah seperti baju kurung, skirt, kaftan, blaus dan banyak lagi melalui kedainya Laysa RTW di Shopee mengendalikan tiga sesi penstriman langsung di Shopee Live sehari.

Dalam masa 30 saat, anda mampu memiliki kedai maya sendiri. Namun adakah ia jaminan perniagaan anda akan terus maju?

Jawapannya tentulah tidak semudah itu untuk membina perniagaan dalam talian. Hanya dengan kesungguhan dan keberanian untuk mencuba pelbagai taktik, perniagaan anda berjaya menarik aliran pelanggan secara berterusan.

Paling penting adalah taktik bagaimana untuk memastikan pelanggan yang telah berkunjung ke kedai maya anda, terus datang dan datang lagi kerana anda menawarkan perkhidmatan terbaik.

Aspek pemasaran juga sangat mustahak untuk meningkatkan pendedahan serta jumlah jualan dalam talian melalui pelbagai kemudahan pemasaran seperti kredit iklan.

Tentu anda juga tahu tentang Shopee Live yang merupakan ciri semakin popular di aplikasi Shopee untuk penjual menjana jualan.

Shopee Live menawarkan peluang kepada para penjual untuk mengendalikan sesi penstriman langsung yang interaktif bagi meningkatkan pendedahan serta pengikut kedai dalam talian dan jumlah jualan mereka.

Noor Hanisah Abu Bakar, 24, yang menjual pakaian Muslimah seperti baju kurung, skirt, kaftan, blaus dan banyak lagi melalui kedainya Laysa RTW di Shopee mengendalikan tiga sesi penstriman langsung di Shopee Live sehari.

Menurut beliau, Shopee Live merupakan komponen penting untuk perniagaan atas taliannya kerana ia menarik pelanggan-pelanggan baharu ke kedainya.

Hanisah menubuhkan kedai Shopeenya tiga tahun lalu dan ia menjana jualan secara purata sebanyak RM20,000 sebulan. Sesi penstriman langsung Shopee Live beliau menyumbang sekurang-kurangnya 20% kepada hasil jualan bulanan kedainya.

“Saya menstrim kira-kira tiga kali sehari di Shopee Live kerana objektif saya adalah untuk menghabiskan stok jualan.

“Produk saya laris dijual apabila saya mengendalikan auction melalui Shopee Live berbanding menggunakan Shopeee Ads untuk meningkatkan trafik ke kedai apabila saya baru memulakan kedai Shopee.”

Fungsi Auction di Shopee Live adalah satu ciri yang membolehkan para penjual memberi hadiah percuma atau menawarkan harga istimewa untuk masa terhad semasa sesi penstriman langsung kepada jumlah penonton yang ditetapkan. Para penjual boleh menetapkan tempoh masa serta syarat auction, dan menjadikannya eksklusif untuk pengikut mereka juga.

Selain menggunakan ciri ini, Hanisah berkongsi bahawa beliau memberikan Syiling Shopee serta menawarkan tawaran menarik untuk menarik perhatian orang ramai untuk menonton sesi penstriman langsungnya.

“Ini telah berjaya membantu saya mendapatkan jualan semasa sesi penstriman langsung saya.”

“Selain itu, saya memastikan saya membuat persedian secukupnya dan latar belakang yang digunakan semasa sesi penstriman nampak menarik. Ini adalah untuk memberikan tanggapan pertama yang baik kepada penonton saya. Ini adalah beberapa strategi yang saya gunakan untuk meningkatkan jumlah penonton dan jualan saya semasa sesi penstriman Shopee Live saya,” katanya.

Walaupun bukan semua orang yang menonton strim Hanisah akan membuat pembelian, beliau gembira kerana daripada 2.000 penonton strim beliau, sekurang-kurangnya 800 penonton yang akan bertukar menjadi pelanggannya.

Shopee
Patrick Khoo

Patrick Khoo, 28, mendirikan kedainya WP Store di Shopee tahun lepas untuk menjual makanan ringan. Ketika memulakan perjalanannya di platform e-dagang Shopee, jumlah trafik ke kedainya rendah.

Mendengar pengalaman penjual lain yang berjaya menjual pelbagai produk di platform Shopee, Patrick dapat merasakan beliau tidak mengamalkan strategi yang betul untuk memasarkan produknya. Menurutnya, makanan ringan bukan sesuatu yang dicari secara aktif oleh para pengguna, sebaliknya, ia dibeli secara impulsif.

Ini mendorong beliau untuk mencuba beberapa ciri yang ditawarkan  di atas platform Shopee dan menemui Shopee Live.

Menerusi sesi penstriman langsung, beliau dapat berinteraksi secara langsung dengan penontonnya dan menunjukkan serta menerangkan rasa pelbagai makanan ringan kepada pelanggan-pelanggan berpotensi.

“Ketika saya baru memulakan penstriman langsung saya, saya hanya mempunyai kira-kira 10 orang penonton. Kemudian saya mencuba untuk memberikan Syiling Shopee untuk menarik penonton untuk menonton sesi penstriman langsung saya.

“Dan ini berjaya! Saya berjaya mendapat lebih seribu penonton dan memperoleh beberapa jualan. Saya juga mencuba ciri auction untuk memberi hadiah percuma dan menawarkan produk saya pada harga eksklusif kepada penonton saya. Ini meningkatkan lagi jumlah jualan saya,” katanya sambil menambah bahawa beliau mengendalikan kira-kira 10 sesi Shopee Live setiap hari.

Sesi penstriman langsung, katanya, mampu membantunya menjana jumlah pendapatan harian antara RM3,000 dan RM4,000.

Beliau menambah bahawa tiada apa yang tidak dapat dijual di Shopee Live kerana ciri tersebut membolehkan penjual berinteraksi dan meyakinkan pelanggan mereka.

“Bagi saya, Shopee Live lebih berkesan berbanding dengan penerangan produk bergambar kerana ini menghadkan apa yang saya ingin sampaikan kepada pelanggan saya tentang makanan ringan yang saya jual jika saya menggunakan pendekatan tersebut.

“Tetapi, di Shopee Live, saya boleh melakukan beberapa demonstrasi, berinteraksi dengan mereka dan menjawab soalan yang dikemukakan,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa penjual yang ingin mencuba Shopee Live buat kali pertama tidak harus berputus asa jika sesi penstriman langsung mereka mempunyai jumlah tontonan yang rendah.

Seorang penjual, katanya, harus ingat bahawa objektif Shopee Live adalah untuk mendapatkan jualan. Walaupun dengan jumlah penonton yang rendah, mereka masih berpeluang mendapatkan jualan jika mereka kreatif untuk menawarkan pakej yang menarik dan meyakinkan pelanggan tentang nilai yang ditawarkan.

“Tetapkan sasaran jualan harian. Jika anda tidak dapat mencapai sasaran anda dengan satu sesi Shopee Live, aturkan beberapa sesi penstriman langsung dalam sehari untuk cuba mencapai sasaran anda,” kata Patrick. – MalaysiaGazette