Home Seni Hidup Usop Mentor bertunang

Usop Mentor bertunang

Usop dan Nurfatihah merancang bernikah awal tahun depan.

KUALA LUMPUR – Usop, Naib Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan, Nur Fatihah Md. Hashim yang berasal dari Pulau Pinang, semalam.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua di Pulau Pinang itu telah dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Majlis pertunangan ini meyaksikan hantaran tujuh dulang dari pihak perempuan dan berbalas lima dulang dari pihak lelaki.

Majlis pertunangan telah disempurnakan mengikut adat Melayu oleh kedua-dua belah pihak dan majlis pernikahan mereka dijangka berlangsung pada awal Februari tahun hadapan.

Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor, 24, dan Nur Fatihah, 25, terjalin sejak dua tahun lalu.

Nur Fatihah atau mesra dipanggil Teha kini berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat di Pulau Pinang.

Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha selain dipermudahkan segala urusan sehingga majlis pernikahan kelak. – MalaysiaGazette