Home Nasional Buruh kasar rugi RM4,050

Buruh kasar rugi RM4,050

drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas kerugian RM4,050 selepas terpedaya dalam sindiket penghantaran kurier luar negara yang tidak wujud selepas berkenalan dengan wanita tempatan bulan lepas.

Ketua Bahagian Jabatan Sisasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek memperdaya lelaki yang bekerja sebagai buruh kasar itu dengan alasan pembayaran caj proses penghantaran kurier dari London.

“Pengadu berkenalan dengan wanita tersebut dan telah berhubung dengannya melalui Whatsapp dengan menggunakan nombor telefon talian luar negara pada 5 Oktober lalu.

”Setelah berhubung lebih kurang seminggu wanita warga tempatan berkenaan menyatakan akan menghantar barang kepada pengadu dari London,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Mangsa kemudiannya telah meminta butiran diri pengadu bagi melengkapkan penghantaran tersebut dan memberikan segala maklumat yang diminta.

Menurut Wazir, selepas itu pada 11 Oktober, jam 4.40 petang, pengadu telah menerima mesej Whatsapp dari nombor tempatan yang memperkenalkan diri sebagai wakil dari Syarikat Kurier London Limited.

”Wakil kurier luar negara itu mendakwa barang pengadu baru tiba di KLIA, akan tetapi pengadu perlu membayar duit pelbagai proses dan caj yang ada,” tambahnya.

Siasatan polis mendapati pengadu telah masukkan sebanyak enam transaksi berjumlah RM4,050 sejak 12 Oktober hingga 1 November.

Walau bagaimanapun, selepas itu suspek tidak dapat dihubungi dan pengadu tidak menerima barang seperti yang dijanjikan.

Pengadu yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette