Home Nasional Covid-19: 7,348 sembuh, 4,543 kes baharu

Covid-19: 7,348 sembuh, 4,543 kes baharu

Sebanyak 7,348 kes sembuh dicatatkan jika dibandingkan dengan 4,543 kes baharu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes sembuh Covid-19 konsisten mengatasi kes positif baharu hari ini.

Sebanyak 7,348 kes sembuh dicatatkan jika dibandingkan dengan 4,543 kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 2,419,743.

Manakala jumlah keseluruhan kes positif adalah 2,510,852.

“Daripada kes positif baharu 15 kes merupakan kes import, manakala 4,528 kes tempatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 534 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 263 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti hari ini.

“Jumlah kluster yang telah tamat 5,498 dan kluster aktif adalah 314,” menurutnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

35 lagi kematian Covid-19 semalam