Home Seni Hidup Tak kisah orang tak minat saya lagi – Rita

Tak kisah orang tak minat saya lagi – Rita

Foto Instagram Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini menjelaskan tindakan berkongsi rasa tidak puas hati dalam media sosial bersifat peribadi dan tindak melibatkan individu lain.

Rita, 45, berkata, kebanyakan perkara yang dikongsi berlaku di sekeliling hidupnya terutama di kediamannya.

“Aku kongsi informasi aku sahaja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang.

“Jadi, siapa yang banyak masa? Ludah atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk,” katanya menerusi beberapa entri dalam InstaStory.

Rita yang juga pelakon filem Balistik turut menegur segelintir individu yang tidak cermin diri sendiri sebelum melakukan perkara tidak baik.

“Masa mengutuk, mengeji dan mengecam orang lupa nak cermin muka sendiri. Apabila kena batang hidung, kata orang meroyan dan menyalak.

Kata ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu  tidak kisah sekiranya sudah tiada orang yang meminatinya disebabkan kelantangan dirinya bersuara dalam media sosial.

“Orang tak minat? Aku aku kisah orang minat aku atau tidak? Kau ingat aku hidup ini untuk kau minat ke? Tak mati dek keji, tak hidup dek puji,” katanya.

Sebelum ini, Rita menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya menggelarkan dirinya prosafe (individu yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan).

Minggu lalu, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum Junior itu meluahkan geram terhadap penghantar makanan yang membiarkan bungkusan berisi air Milo yang dipesannya bocor dan dibiarkan begitu sahaja menitik di depan rumah tanpa memberitahunya. – MalaysiaGazette