Home Sukan Barca minat Raheem Sterling

Barca minat Raheem Sterling

Raheem Sterling. Foto The Mirror.

LONDON – Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Manchester  City iaitu Raheem Sterling, lapor Eurosports.

Namun City pantas meletakkan syarat, yang mana kelab gergasi La Liga yang kini dibimbing Xavi Hernandez mahukan Frenkie de Jong sebagai pertukaran.

Sterling, 26, sebelum ini bersedia untuk berhijrah ke kelab lain jika pemain itu tidak diberi peluang beraksi yang lebih banyak pada masa depan.

Kontrak penyerang England itu akan tamat pada 2023.

Sterling gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama penyandang Liga Perdana Inggeris itu pada musim ini.

Kehadiran rakan senegaranya, Jack Grealish, dari Aston Villa dengan yuran berjumlah £100 juta (RM568 juta) meningkatkan saingannya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Sterling yang menyertai City dari Liverpool pada 2015 membantu kelab itu menjuarai liga dan piala EFL Carabao. – MalaysiaGazette