LONDON – Aktivis warga Pakistan, Malala Yousafzai, pemenang termuda Hadiah Nobel, mengumumkan beliau telah melangsungkan perkahwinan di Britain.
Beliau mengumumkan perkara itu di laman Instagram dengan menyertakan gambar perkahwinannya dengan Asser Malik, lapor UPI.
“Hari ini merupakan hari yang paling berharga dalam hidup saya.
“Asser dan saya telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan seumur hidup. Kami meraikannya pada majlis akad nikah yang kecil di rumah di Birmingham bersama-sama ahli keluarga.
“Mohon doakan kami. Kami teruja untuk bersama-sama dalam pengembaraan ini,” tulisnya.
Yousafzai dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel ketika berusia 17 tahun bersama-sama aktivis kanak-kanak warga India, Kailash Satyarthi.
Beliau mendapat perhatian dunia pada 2012 apabila ditembak di kepala oleh pejuang Taliban di Pakistan pada 2012 sebagai tindak balas terhadap tindakannya yang mempromosikan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan.
Yousafzai dan keluarganya berhijrah ke Britain di mana beliau mendapat rawatan dan menyambung pengajiannya.
Beliau dan bapanya melancarkan tabung pendidikan untuk kanak-kanak perempuan, Dana Malala, pada 2014.
Yousafzai menamatkan pengajiannya di Oxford University pada tahun lalu. – Agensi