Home Ekonomi Harga RON97 dijual RM3.08 seliter mulai esok

Harga RON97 dijual RM3.08 seliter mulai esok

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 November 2021 hingga 17 November 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Ia bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette