Home Nasional PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1, Felda Chini 3 bermula Jumaat ini

PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1, Felda Chini 3 bermula Jumaat ini

PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang akan dilanjutkan bermula Sabtu ini sehingga 3 Disember depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang bermula dari 12 hingga 25 Nov ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata, tiada pelanjutan dan penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini. – MalaysiaGazette