Kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
“Jika pengambilan dos penggalak adalah rendah, khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi, jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat. Ini sudah pasti,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Bermula 22 Oktober lalu, pemberian dos penggalak diperluas kepada warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.