Home Sukan KBS perkenal mySukan TV, promosi sukan tak popular

KBS perkenal mySukan TV, promosi sukan tak popular

Ahmad Faizal Azumu. Foto Ihsan KBS.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif mewujudkan sebuah platform media yang mampu menyokong sukan akar umbi.

Ia bagi mencapai kelestarian selepas menyedari keseluruhan sukan akar umbi di Malaysia yang masih tidak mendapat cukup perhatian.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mySukan TV memainkan peranan penting untuk bekerjasama dengan pengiat-pengiat sukan akar umbi dan untuk menarik
minat pelabur swasta serta menjana pendapatan.

Beliau memberitahu, ketika ini, peminat sukan kita telah banyak dipertontonkan perlawanan bola sepak disiarkan secara langsung.

“Tapi bagaimana pula dengan sukan-sukan seperti bola jaring, lawnball, volleyball, BMX, skateboarding, drone-racing, angkat berat, memanah dan lain-lain.

“Sukan-sukan ini jarang mendapat liputan media dan kalau ada pun hanya semasa di kejohanan-kejohanan peringka tantarabangsa sahaja.

“Untuk merealisasikan matlamat ini, asas yang kukuh dan strategi yang tepat diperlukan di peringkatakar umbi. Terdapat pelbagai program pembangunan sukan akar umbi diusahakan oleh orang awam dan sektor swasta di peringkat rendah, menengah, peringkat pengajian tinggi dankomuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran mySukan TV yang disiarkan secara atas talian menerusi platform Facebook @kbsmalaysia dan @mysukantv di sini hari ini.

mySukan TV itu dikuasakan oleh Impact Integrated itu menampilkan program utama di yang merangkumi siaran secara langsung perlawanan atau kejohanan sukan akar umbi di Malaysia bagi peringkat sekolah rendah sehingga peringkat antarabangsa serta program-program perkongsian maklumat dan tips sukan harian, penerbitan berita serta program bual bicara bersama atlet, jurulatih dan agensi sukan.

Ahmad Faizal menambah, pembangunan sukan akar umbi adalah mahal dan kejayaan sesebuah program itu tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan sahaja.

“Jadi, kolaborasi strategik daripada sektor swasta amatlah diperlukan bukan sahaja sebagai penaja program-program ini, malah berkongsi ilmu dan menyokong program-program kami.

“Oleh itu , dalam usaha untuk meluaskan skop program pembangunan sukan akar umbi dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh masyarakat, KBS telah memberi mandat kepada Impact Integrated untuk menerajui inisiatif baharu ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir berkata, fokus utama mySukan TV adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada penggiat sukan untuk mencapai kelestarian.

“Fokus ini akan mencipta peluang untuk mereka menjana ekonomi dan pendapatan melalui penyiaran acara dan perlawanan sukan untuk pelbagai program yang akan disiarkan secara langsung di laman web mySukan TV dan platform media sosial.

“Melalui inisiatif mySukan TV, kami berharap dapat memberiinspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong gerakan sukan baharu ini sambil menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat,” katanya.

Dalam pada itu, mySukan TV mengalu-alukan kerjasama daripada semua penggiat sukan akar umbi dan sektor swasta untuk sama-sama meneroka peluang yang terdapat dalam dunia sukan akar umbi di Malaysia.

Mereka yang ingin berbuat demikian, boleh menghantar e-mel ke [email protected].

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti mySukan TV, layari laman web www.mysukan.tv atau platform media sosial, Facebook & Instagram @mysukan.tv, Twitter @MySukan_TV dan YouTube @mySukan TV. – MalaysiaGazette